1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Rakyat dan komuniti perniagaan menjadi penerima manfaat terbesar hasil pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), apabila pelbagai urusan kerajaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kos pematuhan berkurangan dan tahap ketelusan perkhidmatan semakin meningkat.
1bulan ago
KLANG, 28 Nov (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Malaysia sedang mengubah naratif bagi banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mereka yang berada dalam industri aeroangkasa, sebelum ini terpaksa berhadapan dengan halangan birokrasi, antaranya mengambil masa terlalu lama untuk pemberian kelulusan, kertas kerja berulang dan kelewatan tidak dijangka.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berjaya menganjurkan Lawatan Jaringan Perdagangan untuk 37 pembeli terkemuka dari China pada 25 hingga 27 Nov, 2025.
1bulan ago
LABUAN, 28 Nov (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sedang menempatkan dirinya sebagai hab serantau penyelesaian kewangan yang selaras dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), patuh Syariah dan dipacu secara digital bagi menyokong agenda kemampanan Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah, Eastern & Oriental Bhd (E&O) melancarkan rumah kelab pertama dan presint komersial di Bandar Elmina, Sungai Buloh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Selama tiga hari, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 telah berjaya menarik sejumlah 15,987 profesional industri dan pelawat perdagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Syarikat perlu melihat pelaporan korporat sebagai instrumen strategik dan bukan sebagai pematuhan yang membebankan dalam keadaan peralihan ekonomi global ke arah paradigma hijau dan digital.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat kepada RM346.48 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2025 (S1 TK2026) daripada RM333.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 27 Nov (Bernama) -- Cheng & Co Group telah mengukuhkan keupayaan pengurusan kekayaan serantaunya dengan pengambilalihan Alpadis Trust (Labuan) Limited, yang kini secara rasminya dikenali sebagai Indah International Trust Limited.