Terdapat 1313 berita berdasarkan kata kunci carian " ris"

ASEAN Perlu Sasar Jadi Destinasi Pelaburan Tenaga Bersih, Manfaatkan Kerjasama -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SCIP Dapat Penarafan Emas MARC Dengan Rangka Kerja Kewangan Mampan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.

NexG Peroleh Lanjutan Kontrak 18 Bulan Bagi Pembekalan I-kad

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- NexG Bhd menerima pelanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan kad pekerja asing (i-Kad) kepada Jabatan Imigresen.

Ringgit Dijangka Meningkat Ke Paras RM3.93 Berbanding Dolar AS Pada Pertengahan 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -  Ringgit dijangka meningkat ke paras RM3.93 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2026, disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh dan pembaharuan fiskal serta kelemahan dolar AS, kata MARC Ratings Bhd.

Prudential Syariah Pacu Pembangunan Terangkum Dalam Pasaran Takaful Indonesia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Fed Beri Isyarat Kadar Faedah Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.

Synology Optimis Produk Penyelesaian Baharu Dapat Perkukuh Daya Tahan Siber

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Synology Inc (Synology) yang berpangkalan di Taiwan, sedang mengukuhkan tumpuan perusahaan dengan melancarkan penyelesaian perlindungan data dan simpanan baharu.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Berikutan Pelabur Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.

Industri Takaful Bekerjasama Perluas Perlindungan iTEKAD Di Bawah Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri Takaful Malaysia akan saling bekerjasama untuk menyediakan perlindungan iTEKAD kepada komuniti rentan yang merupakan satu peristiwa penting dalam industri kewangan sosial negara serta mengukuhkan penerajuan dalam kewangan Islam.

Tambahan Peruntukan RM200 Juta Kepada COSIF Boleh Dimanfaatkan PKS Di JS-SEZ - Zafrul

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Tambahan peruntukan RM200 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Belanjawan 2026 boleh dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Malaysia Bakal Raih Manfaat Ekonomi Daripada Pembangunan Sovereign AI Cloud - Pakar IT

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelaburan sebanyak RM2 bilion untuk membangunkan Sovereign AI Cloud dalam Belanjawan 2026 akan membolehkan Malaysia meraih manfaat ekonomi yang mendorong negara mengekalkan nilai yang wujud daripada kecerdasan buatan (AI) dengan memastikan pendapatan, pekerjaan dan harta intelek kekal dalam negara, kata seorang pakar teknologi maklumat (IT).

BNM Guna Pakai MYOR-i Sebagai Kadar Penanda Aras Islam Mandatori Mulai 1 Julai 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.