8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara.
8bulan ago
KLANG, 6 Mei (Bernama) -- Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA) perlu menjadi nilai tambah kepada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dalam memberikan idea menerusi perbincangan yang berkesan demi menjamin kemakmuran di rantau ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.
8bulan ago
KUCHING, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom (UK) sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon serta kuasa pengawalseliaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd memaklumkaN ia sedang giat meneroka potensi penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meluaskan akses kepada pasaran modal global dan meletakkan ekosistem perniagaan perkhidmatan digital dan penerbangannya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (KPE) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Mohd Salem Kailany.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menggesa kerajaan untuk terus menangguhkan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melangkaui tarikh baharu pada 1 Jun, 2025, berikutan impaknya terhadap perniagaan serta pengguna.
8bulan ago
BEIJING, 28 April (Bernama) -- Penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang akhir 2027 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka membuka potensi pembangunan di pantai Timur Semenanjung yang turut menempatkan Taman Perindustrian Kuantan, Pahang.
8bulan ago
CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun.