Terdapat 234 berita berdasarkan kata kunci carian " stok"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Pada Sesi Pagi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tinggi sedikit hari ini, dipacu oleh belian yang diperbaharui dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan pemulihan pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Tempatan Dijangka Diniagakan Seimbang Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut pada Khamis, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran MSM yang menyusut, kata peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend meningkat untuk ditutup tinggi hari kelima berturut-turut meskipun peningkatan lebih kecil, hampir separuh daripada yang diniagakan semalam pada kontrak Disember. 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.