BERITA TERKINI   Aksi Liga Super Kuching City-Kedah Ditunda Akibat Hujan Berterusan – Komisar Perlawanan | Jawatankuasa khas ditubuh perkasa penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja - Menteri Kesihatan | Jemaah menteri putus batalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk kajian lebih mendalam dan menyeluruh - Dr Dzulkefly | Perancangan bandar perlu ambil kira persekitaran hijau, keselesaan rakyat dan jangan ada jurang antara masyarakat - PM Anwar | Perancangan bandar di Malaysia perlu mengekalkan identiti negara walaupun guna teknologi canggih - PM Anwar | 

Terdapat 257 berita berdasarkan kata kunci carian "filipina"

Ringgit Kembali Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

UALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.

AirAsia Tidak Putus Asa Dapatkan Lesen Untuk Beroperasi Di Singapura

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- AirAsia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi di Singapura, walaupun telah ditolak sebanyak tiga kali, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Malaysia Perlu Contohi Laos Untuk Kepengerusian ASEAN Lebih Proaktif - Duta

VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) – Malaysia wajar memanfaatkan pengalaman Laos sebagai panduan untuk tampil lebih proaktif dan bersedia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.

Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

Ringgit Teruskan Peningkatan Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.

Ringgit Dibuka Tinggi berbanding Dolar AS, Cecah Semula Paras RM4.19

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Inflasi Rendah Dorong Ringgit Teruskan Kenaikan Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.

Inflasi Malaysia Turun Kepada 1.9 Peratus Pada Ogos - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).