Terdapat 1794 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong aktiviti belian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih serta rangsangan baharu yang meningkatkan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Saham Teknologi, Pembinaan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, disokong minat belian dalam kaunter teknologi dan pembinaan, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Nestcon, Wawasan Dengkil Usaha Sama Bangunkan Loji Solar Skala Besar 70MW

KUALA LUMPUR,  19 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) memeterai perjanjian pemegang saham dengan Wawasan Dengkil Sdn Bhd (WDSB) dan WDSolar Sdn Bhd (JV Co) untuk pelaburan bersama dalam syarikat usaha sama (JV Co) dan membangunkan loji fotovolta (PV) solar berskala besar 70 megawatt (MW) di Kedah.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

PDT, SD Guthrie, Ecoworld Bangunkan Eco Business Park 8 Di Kulai, Johor

JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor. 

Orkim Mahu Kumpul RM92 Juta Menjelang Penyenaraian Sulung Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.

FBM KLCI Meningkat 6.42 Mata Pada Tengah Hari Ketika Pasaran Serantau Suram

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menyanggah prestasi pasaran serantau yang suram apabila meningkat pada tengah hari ini di tengah-tengah aktiviti pembelian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi.

Pengendali Akuarium Aquawalk Mula Disenaraikan Dengan Susut 1 Sen Dari Harga IPO

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.

FBM KLCI Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Kemudiannya Ke Paras 1,617.07

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.

PMW International Sedia Percepatkan Pengembangan Di Sarawak Selepas Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.