Terdapat 2892 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

Sawit : CPOPC Gesa Pelan Strategik Dirangka Bagi Tangani Cabaran Peraturan - Johari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu bertindak aktif merangka pelan strategik bagi menangani cabaran peraturan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.

IPG Bagi Pekebun Kecil Tidak Teraktif Bagi November 2024 - LGM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi November 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bank Terus Lancar Bantuan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan program bantuan banjir dengan memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro PKS bermula sekarang sehingga 31 Jan 2025.

Malaysia Sedia Bantu Timor-Leste Bangunkan Industri Halal Untuk Pertumbuhan Global

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk membantu Timor-Leste dalam membangunkan industri halalnya, membantu negara itu meneroka pasaran halal global yang bernilai lebih US$3 trilion.

Sime Darby Property Bina Pusat Data Tambahan, Dengan Nilai Pajakan 20 Tahun Sehingga RM5.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd akan membangunkan pusat data tambahan di Elmina Business Park selepas menandatangani perjanjian bina dan pajakan baharu dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, dengan nilai pajakan 20 tahun sehingga RM5.6 bilion. 

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.

Airbus Serah Pesawat Pertama A330neo Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus. 

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$117.59 Bilion Pada Akhir Oktober 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Lebih 60 Perniagaan Dan Usahawan Bumiputera Terima Pengiktirafan BBEA 2024

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Lebih 60 usahawan dan pemimpin korporat daripada pelbagai industri diberi penghormatan atas sumbangan yang cemerlang dalam inovasi dan pertumbuhan ekonomi menerusi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2024.

BMW Lancar Fasa 2 Pusat Pengedaran Dan Alat Ganti Serantau Di Senai

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia melancarkan Fasa 2 Pusat Pengedaran dan Alat Ganti Serantau, yang secara ketara memperluaskan kemudahan canggih itu yang terletak di Zon Perindustrian Bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

CEO LIAM Mark O’Dell Dipilih Penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O’Dell dipillih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Industri Insurans Asia 2024.

Maybank Lancar Kempen 'Mencari MAEllionaire' – Peluang Jadi Jutawan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Maybank memperkenalkan kempen, 'Mencari MAEllionaire' yang memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah lumayan RM1 juta tunai.