1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak Oil Palms Bhd menyasarkan perolehan RMB2.4 juta (RM1.5 juta) apabila produk utama mereka, AvantHealth Avtriee Tocotrienols, mula dipasarkan di pasaran China.
1tahun ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk Era Kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu berkuat kuasa serta merta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).