BERITA TERKINI   MATRADE akan umum trend perdagangan Malaysia yang positif dan tertinggi dalam sejarah negara - PM Anwar  | Malaysia catat jumlah perdagangan tertinggi setakat ini sebanyak RM3 trilion pada 2025 - PM Anwar | Kerajaan akan terus meneroka bidang dan pasaran baharu untuk tingkatkan perdagangan negara - PM Anwar  | SBS NEXUS mula pada harga 25 sen dengan 5.30 juta saham didagangkan di Pasaran ACE | PRK Kinabatangan, Lamag: SPR sasar peratusan keluar mengundi lebih 65 peratus - Pengerusi SPR | 

Terdapat 2720 berita berdasarkan kata kunci carian "teknologi"

CIDB Gesa Sektor Pembinaan Fokus Kepada Kaedah Lestari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sektor pembinaan telah digesa untuk memberi tumpuan kepada kaedah mampan, reka bentuk cekap tenaga dan penggunaan bahan hijau untuk memastikan industri berkembang maju dari segi ekonomi dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar serta masyarakat.

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Cecah US$1.58 Bilion Pada 2025 - Teo

KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Belanjawan 2025: Peruntukan Pertanian Dijangka Rangsang Industri Beras Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Industri beras Sabah dijangka menerima banyak manfaat daripada pelbagai inisiatif pertanian yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kata Prof Madya Dr Bonaventure Boniface dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kerajaan Akan Pastikan Sektor Pembinaan Kekal Kompetitif, Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenanga Investment Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.

33,319 Unit xEV Dicatat Setakat 30 Sept - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jumlah kenderaan elektrifikasi (xEV) telah mencecah 33,319 unit setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Aktiviti Belian Sederhana Dorong Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia terus meningkat pada tengah hari Rabu, disokong oleh minat belian sederhana terhadap saham-saham wajaran tinggi dan seiring prestasi pasaran serantau, kata penganalisis.

Garis Panduan Pembangunan Mampan Pusat Data Sedang Dimuktamad - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data.  

SDEC, CENTEXS Dan Angkasa-X Bekerjasama Dalam Industri Berkaitan Angkasa

KUCHING, 22 Oct (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.

EXIM Bank, GTC Memeterai Perjanjian US$19.97 Juta Untuk Tingkat Telekomunikasi Kemboja

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeterai perjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).

Sistem Penyimpanan Tenaga Kunci Integrasi Tenaga Solar - Citaglobal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sistem penyimpanan tenaga mampu memainkan peranan penting kepada fasa penting peralihan tenaga hijau Malaysia kerana ia mengupayakan pengurusan tenaga boleh baharu (TBB) yang berkesan serta menyokong pembangunan masa depan yang mampan dan rendah karbon, kata Citaglobal Bhd.

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.