1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024, disokong oleh persekitaran pasaran buruh yang stabil, dasar fiskal dan monetari yang kondusif dalam keadaan ketidaktentuan luaran yang berlarutan, kata seorang pakar ekonomi.
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
1tahun ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuktikan komitmen Malaysia terhadap usaha integrasi serantau, lebih tepat lagi ketika negara ini menggalas tugas kepengerusian ASEAN pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.