BERITA TERKINI   Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | 

Terdapat 3063 berita berdasarkan kata kunci carian " tempatan"

Kerajaan Akan Permudah Kelulusan Rentas Sempadan, Pacu Aliran Dana - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama)  – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.

Keuntungan Bank-bank Malaysia Diunjur Meningkat Pada 2025 - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.

Utamakan Perkapalan Negara Untuk Dorong Inisiatif Hijau, Sokong Penggunaan Kapal Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan mesti mengutamakan industri perkapalan domestik dalam usaha memajukan perkapalan hijau dan pada masa sama menetapkan dasar perkapalan negara yang baharu untuk menangani jurang berpanjangan dalam sektor itu, kata persatuan industri perkapalan.

KBBM: Nilai Jualan Naik 103.2 Peratus Kepada RM5.5 Bilion 2023

PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) -- Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) pada 2023 menunjukkan peningkatan 103.2 peratus berbanding 2022 dengan nilai jualan sebanyak RM5.5 bilion.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan cenderung untuk meningkat lebih tinggi minggu depan disebabkan situasi bekalan yang terhad akibat gangguan cuaca, kata pakar industri Denis Low.

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.

Ringgit Dijangka Didagangkan Dalam Julat 4.42 Hingga 4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.

Airbus Serah Pesawat Pertama A330neo Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus.