1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024 berbanding peningkatan 20.2 peratus, berjumlah 38.9 bilion pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
1tahun ago
KAHERAH, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dasar Ekonomi MADANI yang jelas di bawah pentadbirannya berupaya untuk terus memacu ekonomi Malaysia di peringkat ASEAN dan global.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 10 Nov (Bernama) -- Ibu kota Peru, Lima bersiap sedia dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk menganjurkan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) ketiga, acara penting yang menekankan peranannya sebagai pengerusi forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini untuk meliberalisasikan lagi perdagangan dalam kalangan ekonomi serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus, sekali gus meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia menyantuni kehidupan lebih suku juta kanak-kanak melalui inisiatif yang melibatkan pembiayaan lebih RM60 juta sejak penubuhannya 34 tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh sederhana kepada 2.3 peratus tahun ke tahun pada September 2024 daripada pertumbuhan 4.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2024, dipengaruhi pengeluaran lebih lemah dalam sektor pembuatan dan elektrik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada US$81 setong tahun ini dan susut ke paras US$78 setong pada 2025.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh penurunan rizab antarabangsa Malaysia, kata pakar ekonomi.