10bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu depan.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan pendekatan berhati-hati minggu depan.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat, didorong oleh prospek Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan faedah serta keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, susulan petunjuk positif daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lalu ketika pelabur mengabaikan kebimbangan terhadap ketegangan yang meningkat antara Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam dagangan berhati-hati menjelang pelaksanaan tarif import oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas Kanada, Mexico dan China.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati mengenai kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, menurut penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.