Terdapat 1535 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

PNB Isytihar Agihan Pendapatan ASB 5.75 Sen, Jumlah Bayaran RM10.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, kekal di sekitar paras 4.08, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap pendirian dasar monetari AS yang kurang agresif serta perkembangan terkini dasar bank pusat global.

Untung Bersih Suku Kedua United Malacca Melonjak Kepada RM55.37 Juta Susulan Harga MSM, Output FFB Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keyakinan Rakyat Malaysia Terhadap Hala Tuju Negara Semakin Baik Pada 2025 - IPSOS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keyakinan rakyat Malaysia bahawa negara menuju ke arah yang betul telah meningkat pada 2025, menurut Pemantau Keyakinan Pengguna dan Kos Sara Hidup terbaharu Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Minyak Kacang Soya, Minyak Mentah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya.

Untung Bersih Suku Ketiga AEON Credit Naik Kepada RM91.8 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Nov, 2025 melonjak kepada RM91.80 juta daripada RM62.07 juta sebelum itu.

Anak Syarikat Gadang Memeterai PPA Fotovoltan Solar Berskala Besar Dengan Sabah Electricity

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat milik 60 peratusnya, Tenaga Aspirasi Sdn Bhd (SPP) hari ini telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga fotovoltan solar (PPA) berskala besar dengan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Bursa Komoditi New York

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Dewan Negara Lulus RUU Langkah Pemungutan Cukai 2025

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara. 

Gamuda Peroleh Dua Projek Di Australia, Catat Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM46 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion. 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.