1bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Sebanyak sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion telah dilaksanakan di Selangor hasil promosi luar negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Oktober lepas.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terhad, dengan kejutan kenaikan serta-merta menolak kemungkinan penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) pada Disember daripada sekitar 50 peratus kepada kira-kira 30 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) sedang menyediakan kertas kerja berhubung pelaksanaan program peningkatan produktiviti getah yang bertujuan meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan kalangan pekebun kecil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sektor automotif Malaysia dijangka mencatat kenaikan 5.0 peratus dalam jumlah jualan suku ke suku pada suku keempat 2025 (S4 2025), kata CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) telah berkurangan, menunjukkan pasaran masih tidak yakin dengan satu lagi penurunan kadar dalam mesyuarat pada Disember.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mendapat sokongan kukuh pada paras RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada Disember 2025 dan berpotensi meningkat kepada sekitar RM4,500 satu tan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Johor Capital Group (JCG) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan HGC Global Communications Ltd (HGC) dan Legan Group (Legan) yang berpangkalan di Hong Kong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Menangani Isu Penggunaan Elektrik Secara Curang Untuk Aktiviti Perlombongan Bitcoin akan membincangkan keperluan mewujudkan dasar khas aktiviti melombong bitcoin atau mengharamkannya dalam mesyuarat pertama, 25 November ini.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur menjangkakan data ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang akan dikeluarkan kelak, mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasarnya pada Disember.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.