1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.
1bulan ago
LABUAN, 3 Dis (Bernama) -- Sabah telah mengambil langkah jitu dalam memodenkan tadbir urus pengangkutannya dengan memperluaskan portfolio kementerian yang sudah lama dilihat sebagai penting kepada masa depan ekonomi negeri itu, menurut Pengerusi Institut Berpiagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (Seksyen CILTM Sabah), Daniel Doughty.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Croesus IT Holdings Bhd mengukuhkan tumpuannya terhadap teknologi perladangan sebagai pemacu pertumbuhan utama selepas penyenaraian di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas asli Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada suku ketiga 2025, masing-masing sebanyak 45.1 juta tong dan 737.0 bilion kaki padu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) setakat 30 September 2025 mencecah RM4.2 bilion yang meliputi 7 juta pemegang akaun aktif dalam negara yang merangkumi 0.3 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kalangan penjual atau peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Asia Tenggara dan Taiwan, berjaya mencatat jualan bernilai lebih US$270 bilion menerusi Shopee sejak pelancaran platform e-dagang itu pada 2015.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka mencapai 49 peratus daripada 169 sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030 berdasarkan analisis data 2023, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti kaedah penguraian yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar, termasuk mempertimbang penggunaan pendekatan berasaskan pendapatan boleh guna, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.
1bulan ago
LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi digital yang lebih kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh permintaan awan yang semakin meningkat dan pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.