7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan ke Washington pada 18 Jun ini untuk meneruskan rundingan berkaitan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad hari ini melancarkan Takaful ProAspire, pelan takaful keluarga yang menawarkan gabungan perlindungan dan simpanan bagi membolehkan peserta menerima pulangan tunai setiap tahun atau setiap tiga tahun sekali.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) – Industri insurans am Malaysia dijangka terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang berikutan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan perlindungan insurans selepas insiden letupan gas di Putra Heights.
7bulan ago
KOTA KINABALU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM1.62 juta kepada 21 pekebun kecil sawit persendirian melibatkan keluasan 90.32 hektar bagi tujuan penanaman semula di kawasan pedalaman Sabah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi komited untuk melindungi data dan privasi pelanggan mereka susulan permintaan penggunaan Data Telefon Bimbit (MPD) untuk tujuan statistik rasmi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila data ekonomi negara maju itu terus menunjukkan kelembapan berikutan kebimbangan terhadap tarif dan dasar fiskal, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan HSBC Bank Malaysia Bhd mengukuhkan perkongsian melalui pelancaran EliteDiamond HSBC, pelan berkaitan pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perancangan warisan dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perkhidmatan kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Unison Technology & Manufacturing (M) PLT memperkenalkan sistem sarang modular dan inisiatif latihan untuk memperkukuh industri penternakan lebah kelulut serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di Malaysia, selaras dengan penyertaan negara dalam Ekspo 2025 Osaka.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran motosikal terpakai di Malaysia terus bergelut dengan isu kepercayaan kerana pembeli menghadapi risiko penipuan yang semakin meningkat dan tiada ketelusan dalam urus niaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Mata wang ASEAN dijangka terus meningkat tahun ini apabila pelabur global bertindak menjauhi daripada pendedahan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini.