BERITA TERKINI   Kementerian Komunikasi tumpu pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif dan informasi serta komunikasi kerajaan pada 2026 - Fahmi | Ekonomi negara kini di landasan betul, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar - Fahmi | Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin raih emas pertama Malaysia dalam ujian masa berbasikal lebuh raya individu | 

Terdapat 1860 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Ringgit Dijangka Sekitar 4.10-4.15 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low. 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dijangka Mendatar Minggu Depan Susulan Dasar Global, Isyarat Data Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Sesi Ke-10 Berturut-turut Berbanding Dolar AS, Menjelang Data KDNK Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk sesi ke-10 berturut-turut pagi ini, meneruskan peningkatan menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 Malaysia dijadual akan dikeluarkan tengah hari, hari ini kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi, Disokong Saham Perbankan, Pengguna

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Didorong Penurunan Hasil Perbendaharaan AS

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan berterusan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terus menekan mata wang negara maju itu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.