BERITA TERKINI   Pelantikan Arthur Joseph Kurup sebagai Pengerusi BN Sabah adalah bagi persediaan hadapi PRU16 - Ahmad Zahid | Orang ramai dibenar mohon kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LLM) tanpa kemuka bukti keluar negara bermula esok - MOT | BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Pelajar sekolah agama, pondok digalakkan kuasai teknologi baharu - PM Anwar | Plaza Tol Bestari Perdana di Lebuhraya Senai Desaru dibuka hari ini, tol percuma hingga selepas Aidilfitri - Nanta | 

Terdapat 1798 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

FBM KLCI Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Kemudiannya Ke Paras 1,617.07

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.

PMW International Sedia Percepatkan Pengembangan Di Sarawak Selepas Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Melonjak 49.9 Peratus Kepada RM160.65 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 melonjak 49.9 peratus kepada RM160.65 juta berbanding RM107.16 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama 2024.

Keuntungan Bersih Suku Kedua MNRB Melonjak Kepada RM112.26 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit Disokong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Nov  (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Geohan Hasrat Kumpul RM72.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.

KWSP Berada Di Landasan Bagi Agihan Dividen Lebih Tinggi - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di landasan untuk mengagihkan dividen yang lebih tinggi kepada kalangan ahlinya apabila merekodkan pertumbuhan dua digit dari segi pendapatan pelaburan, kata ahli ekonomi.

CelcomDigi Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM341.23 Juta Pada Suku Ketiga 

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Untung Bersih Public Bank Suku Ketiga Susut Kepada RM1.84 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih Public Bank Bhd merosot kepada RM1.84 bilion pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM1.91 bilion dalam tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh kesan pendapatan bukan cukai yang lebih rendah.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi.