30hari ago
Oleh Nadia Jumri
SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) menerbitkan Laporan Kemampanan serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama yang memaparkan prestasi serta inisiatif berkaitan kemampanan syarikat bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 30 Mei, 2025.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Hextar Global Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan Hextar Industries Bhd (HIB) dan Hextar Fertiliser Group Sdn Bhd bagi mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam PK Fert Sdn Bhd (PKFT), PK Fertilizers Sdn Bhd (PKF) dan Hextar Fert Sdn Bhd (HFT) pada nilai RM120 juta.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) memproses permohonan pengeluaran modal syer berjumlah RM909.85 juta bagi tempoh 2020 hingga 2025 dengan bayaran penuh RM543.6 juta bagi tahun 2020 hingga 2023.
30hari ago
JOHOR BAHRU, 23 Dis (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mengukuhkan kedudukan strategiknya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) susulan penggabungan JPG Greenergy Ventures Sdn Bhd (JPGGV) sebagai anak syarikat milik penuhnya.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu.
30hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan serantau yang tidak menentu dalam persekitaran harga minyak mentah yang rendah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- RHB Banking Group merancang untuk menambah baik kad debit pelbagai mata wangnya dengan menambah dua atau tiga lagi mata wang asing menjelang suku kedua 2026, kata ketua kewangan penggunanya, Sien Vee Loc.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.