BERITA TERKINI   Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | PM Anwar sifatkan usaha damai NGO Islam dan Hindu cerminan kematangan rakyat, tolak perpecahan | Sebanyak RM11.12 juta kerugian libat penipuan dalam talian direkodkan di Kota Kinabalu bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas - Polis | Anutin Charnvirakul dipilih semula sebagai PM Thailand dengan mandat kuat Parlimen | Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susut kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | 

Terdapat 2521 berita berdasarkan kata kunci carian " mam"

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025. 

CAAM Harus Perkukuhkan Keupayaan Untuk Tangani Cabaran Penerbangan Global - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Malaysia Capai 43 Peratus Daripada Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Capai 43 Peratus Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept  (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Industri Halal Bersifat Menyeluruh, Mampu Melengkapi Ekonomi Islam - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.

Kemajuan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Perlu Disemak Seiring Pertumbuhan Ekonomi - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Pemetaan Pekebun Kecil Sawit Di Seluruh Negara Capai 70 Peratus - MPOB

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya memetakan sekitar 70 peratus pekebun kecil bebas sebagai sebahagian daripada projeknya untuk mencartakan kawasan ladang kelapa sawit di seluruh negara.

Bekas Jurutera Manfaatkan Teknologi Ceburi Bidang Pertanian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Didorong minat untuk mengkaji lebih mendalam sistem internet pelbagai benda (IoT) dalam bidang pertanian Abdul Mu'iz Hanafiah, 30, tekad untuk mengubah haluan kerjayanya daripada bidang kejuruteraan kepada pertanian kira-kira dua tahun lalu.

PKS Jerman Mahu Teroka Peluang Kerjasama Baharu Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.

ALPS Global Sasar Kumpul US$100 Juta Daripada Penyenaraian Di Nasdaq

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.