1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi sentimen yang lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan S&P Global Malaysia diselaraskan mengikut musim tidak berubah pada 49.5 pada Oktober 2024, dengan pesanan baharu meningkat untuk kali pertama sejak Jun 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Sweden dan Malaysia telah berkembang pesat dengan pelaburan langsung asing (FDI) Sweden di Malaysia melonjak kepada US$1.43 bilion (US$1=RM4.37) sehingga kini berbanding hanya US$113 juta pada 2014.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.
1tahun ago
KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Petros, syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri Sarawak, memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh pemulihan harga minyak mentah dan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUCHING, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan yakin momentum pembangunan di Sarawak dapat ditingkatkan lagi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan datang berdasarkan keserasian yang sudah terjalin dengan kerajaan negeri itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila pelabur teragak-agak untuk mengambil langkah menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan data ekonomi akan datang yang boleh mempengaruhi Rizab Persekutuan AS membuat keputusan terhadap kadar faedahnya.