Terdapat 924 berita berdasarkan kata kunci carian " dili"

Perkukuh Kerjasama Perdagangan Global Susulan Tarif 100 Peratus AS Ke Atas Farmaseutikal 

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara di seluruh dunia perlu mengukuhkan kerjasama dan memperluas perkongsian perdagangan multilateral bagi menyokong globalisasi khususnya berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal bermula 1 Okt 2025.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Untung Bersih Astro Susut Kepada RM16.39 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merosot kepada RM16.39 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2025 (S2 2026) berbanding RM54.71 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Perdagangan Digital Jadi Keutamaan UK Dalam Hubungan Dengan ASEAN - Liz Lloyd

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- United Kingdom (UK) menjadikan perdagangan digital sebagai keutamaan paling penting dalam penglibatannya dengan ASEAN di samping sebahagian strategi ekonomi globalnya.

Malaysia, ASEAN Kekal Komited Perdagangan Multilateral, Perkukuh Hubungan Dengan EU

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan ASEAN meneguhkan komitmen terhadap perdagangan berasaskan peraturan dan multilateral, di samping memperkukuh kerjasama lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha memacu kemakmuran sejagat.

OPPO Perkenal OPPO A6 Pro, Dikuasakan Bateri Bersaiz 6,500mAh & Ketahanan Tahap Ketenteraan

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- OPPO Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar OPPO A6 Pro 5G, dengan disokong perlindungan IP69 kalis air dan debu, serta ketahanan gegaran yang memenuhi tahap ketenteraan.

Amerika Syarikat Berhasrat Selaras Kepentingan Bersama Dengan ASEAN - Wakil Perdagangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) melihat terdapat potensi besar dalam menyelaraskan kepentingannya dengan ASEAN dalam usaha mempromosikan prinsip timbal balas sistem perdagangan global, kata Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.

Sidang Kemuncak RCEP Platform Untuk Malaysia Pertahan Perdagangan Bebas - Pakar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sidang Kemuncak Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dianjurkan Malaysia buat pertama kali pada Oktober depan dilihat sebagai peluang tepat pada masanya untuk Putrajaya memperkukuh kes bagi perdagangan bebas ketika dasar perlindungan semakin meningkat, kata pakar ekonomi.

Pasaran Sedang Pesat Membangun Di Rantau MENA, Asia, Enjin Utama Pertumbuhan Masa Depan - WEF

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran sedang pesat membangun dijangka menjadi enjin utama pertumbuhan pada masa depan, dengan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik dilihat sebagai mempunyai potensi yang besar, demikian menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Comex

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) di Amerika Syarikat.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Tetapi Kekal Lebih 1,600 Mata

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin tetapi jumlah dagangan yang meningkat sedikit membantu mengekalkan indeks utama melepasi paras 1,600 mata.

Malaysia Terajui AEM, Pacu Pelaksanaan Keberhasilan Utama Ekonomi ASEAN

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, di bawah kepengerusian Malaysia, melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh integrasi serantau dengan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) yang berlangsung minggu ini.