4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN + 3) mesti berganding bahu bagi mengekalkan serta menstabilkan rangkaian rantaian bekalan masing-masing yang canggih selain sensitif terhadap kerja yang tepat dan teratur.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Australia sedang meningkatkan usaha untuk memperkasa hubungan perdagangan dan ekonominya dengan Asia Tenggara, dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha itu, kata Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Don Farrell.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN telah bersetuju secara bersama untuk memeterai perjanjian naik taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) pada Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perdagangan antara ASEAN dan rakan Plus 3 iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, mencecah US$1.2 trilion pada 2024, menyumbang 31.7 peratus daripada jumlah perdagangan perkumpulan itu.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemfailan paten di ASEAN melonjak sebanyak 70 peratus sepanjang dekad lepas, menunjukkan pertumbuhan pesat harta intelek (IP) di rantau ini didorong oleh peningkatan inovasi dalam kalangan negara anggota.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN menyasarkan untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan harta intelek (IP) serantau dengan tumpuan pada peningkatan pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) yang menampilkan identiti budaya anggota sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN harus melakukan pembaharuan struktur untuk mengukuhkan pasaran modal swasta dan menguatkuasakan peraturan terhadap halangan bukan tarif (NTB) jika ia mahu kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah milik Capital A Bhd, mengesahkan sedang berunding dengan rakan niaga tempatan di Vietnam yang menjadi sebahagian daripada usaha memperluas jejaknya di rantau ASEAN.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sidang Kemuncak Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dianjurkan Malaysia buat pertama kali pada Oktober depan dilihat sebagai peluang tepat pada masanya untuk Putrajaya memperkukuh kes bagi perdagangan bebas ketika dasar perlindungan semakin meningkat, kata pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Hubungan ekonomi lebih rapat (CER) di antara ASEAN, Australia dan New Zealand diperkukuh menerusi rangka kerja seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang lebih meluas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tumpuan hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 hari ini, bakal terarah kepada sesi perundingan antara kalangan menteri perkumpulan itu dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer.