Terdapat 259 berita berdasarkan kata kunci carian " pengiktirafan"

Khairul Kamarudin Menangi CEO Terbaik Di GIFA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) Khairul Kamarudin memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2024.

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

MIHAS 2024: 18 Syarikat Sertai Pavilion Taiwan Pamer Produk Miliki Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mempamerkan produk mesra halal daripada 18 syarikat dari Taiwan di Pavilion Taiwan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2024), yang diadakan dari 17-20 Sept 2024.

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal Jakim Ke Lebih Banyak Negara -- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Industri Halal Bersifat Menyeluruh, Mampu Melengkapi Ekonomi Islam - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.

MIHAS Sertai Pameran Di Dubai November Ini, Sasar Jualan Eksport RM1 Bilion - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.