Terdapat 3036 berita berdasarkan kata kunci carian " kukuh"

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal hari ini walaupun kebanyakan pasaran Wall Street semalaman mencatatkan prestasi positif selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi dolar AS yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Malaysia Bersedia Hadapi Era Baharu Pelaburan, Disokong Visi Ekonomi Jelas - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia menghadapi era baharu pelaburan, disokong oleh visi yang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh penurunan rizab antarabangsa Malaysia, kata pakar ekonomi.

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan data ekonomi China yang menggalakkan berikutan pengesahan China untuk mengekalkan pemulihan ekonominya, kata peniaga.

Sunway Malls Unjur Pertumbuhan 5 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.

Potensi Eksport Malaysia, Aliran Masuk FDI Dijangka Lebih Cerah Dengan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.

Usaha Kurangkan Perbezaan Kadar Faedah Beri Impak Positif Untuk Ringgit - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Petronas Meterai Mou Pacu Kecekapan Teknologi Sektor E&P

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui bahagian Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai dua memorandum persefahaman (MOU) bertujuan meningkatkan kecekapan teknologi dan operasi dalam sektor penerokaan dan pengeluaran (E&P) Malaysia

Aliran Masuk Pelaburan, Keyakinan Kukuh Perniagaan Sokong Pertumbuhan KDNK Malaysia

KUALA LUMPUR,  7 Nov (Bernama) -- Peningkatan aliran masuk pelaburan, kutipan cukai yang lebih baik berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan defisit fiskal lebih kecil merupakan pemangkin positif yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.0- 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.

Hasil Sektor Perkhidmatan Meningkat RM618.5 Bilion Pada Suku Ketiga, Melonjak 5.9 Peratus - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, mencecah RM618.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.