3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) merancang untuk memperuntukkan lebih kurang RM23.18 juta atau 89 peratus daripada jumlah RM26.18 juta yang dikumpulkan melalui langkah tawaran awam persendirian bagi memacu perniagaan perlombongan emasnya, terutama projek KK Hill dan Sokor Midland di Kelantan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) menyarankan pelaksanaan inisiatif baharu yang menyepadukan perdagangan karbon sebagai sumber pendapatan stabil untuk komuniti luar bandar di negeri itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM38.3 juta bagi pelaksanaan Program Getah Terbiar (PGT) tahun ini yang memberi manfaat kepada hampir 8,890 pekebun kecil di seluruh negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd, CelcomDigi Mobile Sdn Bhd merancang untuk mempertahankan tuntutan yang difailkan oleh IMMA Technology Sdn Bhd atas dakwaan pelanggaran perjanjian perkhidmatan yang ditandatangani pada Mac 2022.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyasarkan RM2 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM) menjelang akhir 2026 di bawah Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) selepas menerima 30 penzahiran minat sejak skim itu dilancarkan pada September 2024.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026–2030 (NS2.0) dirangka dengan visi yang lebih luas berteraskan tiga keutamaan yang saling melengkapi iaitu keterangkuman, pendigitalan dan pemantauan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB), syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (MSPSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) bernilai RM380 juta dengan syarikat kerajaan negeri Sarawak, Syarikat SESCO Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) menyeru kerajaan untuk menyediakan lebih banyak insentif bagi industri itu di bawah Belanjawan 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM430.3 bilion tahun depan dalam keadaan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang semakin meningkat.
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd telah memenangi Anugerah “The Edge Billion Ringgit Club Awards 2025" (Anugerah BRC) yang berprestij kerana mempunyai pulangan pemegang saham tertinggi dalam tempoh tiga tahun dalam Super Big Cap atau kategori permodalan pasaran melebihi RM40 bilion.