BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan: Sebanyak 47.09 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 10 pagi - SPR | MATRADE akan umum trend perdagangan Malaysia yang positif dan tertinggi dalam sejarah negara - PM Anwar  | Malaysia catat jumlah perdagangan tertinggi setakat ini sebanyak RM3 trilion pada 2025 - PM Anwar | Kerajaan akan terus meneroka bidang dan pasaran baharu untuk tingkatkan perdagangan negara - PM Anwar  | SBS NEXUS mula pada harga 25 sen dengan 5.30 juta saham didagangkan di Pasaran ACE | 

Terdapat 2918 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

WE2025: Future In Motion Lepasi Sasaran Dengan Potensi Perdagangan, Pelaburan RM109 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sidang kemuncak kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi berfokuskan wanita terulung di Malaysia, WE2025 Future in Motion yang diadakan dari 25 hingga 27 November mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM109 juta, melepasi sasaran awal RM100 juta.

Malaysia Sasar Capai 35 Peratus Tenaga Kerja Mahir - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir dan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya saing negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

NETR Rangsang Permintaan Domestik Bas Elektrik, Tingkat Daya Saing Negara

JOHOR BAHRU, 1 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasarkan peningkatan ketara penggunaan bas elektrik, dilihat turut membuka peluang pertumbuhan baharu kepada pengeluar tempatan termasuk Gemilang Coachwork Sdn Bhd (GML). 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 1.09 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.

PMI Pembuatan Malaysia Naik Kepada 50.1 Pada November - S&P Global

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim oleh S&P Global meningkat kepada 50.1 pada November daripada 49.5 pada Oktober, menandakan peningkatan kecil pertama kali prestasi sektor itu sejak Mei 2024.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

Asas Industri Kukuh Pacu Peningkatan Penggunaan TBB Pulau Pinang - MPSEA

Oleh Farhana Poniman

GEORGE TOWN, 30 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang berada di landasan tepat untuk muncul antara negeri utama di Malaysia dalam penerimagunaan tenaga boleh baharu (TBB) terutama tenaga solar, didorong oleh asas perindustrian yang kukuh dan kesedaran mengenai kemampanan yang semakin meningkat.

TNB Sasar 5,000 Mw Menjelang 2035 Untuk Sokong Perluas Pusat Data Malaysia

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Masa depan digital Malaysia bergantung kepada ekosistem tenaga yang kukuh, justeru Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersedia memainkan peranan strategik untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pusat data serantau dengan menyediakan penyelesaian yang mengimbangi pertumbuhan dan tanggungjawab.

Maharani Freeport Dijangka Wujud 45,000 Pekerjaan, Perkukuh Rantaian Bekalan - PM Anwar

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong Berkenan Rasmi Maharani Freeport, Pelabuhan Bebas Cukai Tenaga Pertama Negara

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), Tanjung Emas di sini.

SMJ Energy Ambil Alih 20 Peratus Kepentingan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Sabah Utara

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Sabah dijangka mendapat manfaat yang lebih besar dalam sumber minyak dan gas (O&G) susulan pengambilalihan sebanyak 20 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara oleh syarikat milik kerajaan negeri SMJ Energy (SMJE).

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Rangsang Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.