BERITA TERKINI   Kerajaan pastikan perolehan pertahanan tidak dikuasai kartel atau amalan ketirisan - PM Anwar | Isu pendidikan tidak wajar terus dipolemikkan dengan perkara yang memecah-belah, perlu fokus kepada kualiti pembelajaran - PM Anwar | Dasar Pendidikan Negara baharu beri tumpuan kepada peningkatan mutu pendidikan demi masa depan anak-anak - PM Anwar | PRK Lamag: Sebanyak 10.57 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 12.54 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | 

Terdapat 1712 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Perkukuh Hubungan Ekonomi, Pertingkat Akses Pasaran

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat mengesahkan semula hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara dan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi utama Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara serta membuka peluang baharu untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan inovasi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Pensonic Lihat Prospek Positif Selepas Untung Bersih Naik 53 Peratus Pada Suku Pertama

GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Pensonic Holdings Bhd (Pensonic) mencatatkan peningkatan 53 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Ogos tahun kewangan 2026, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kecekapan operasi yang lebih baik dan kemajuan berterusan di bawah strategi berorientasikan gaya hidup.

Pelabur Asing Teruskan Jualan Bersih Dengan Aliran Keluar US$1.74 Bilion Dari Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas, dengan aliran keluar bersih asing sebanyak US$1.74 bilion.

Kunjungan Trump Bukti Kepentingan Hubungan AS-ASEAN — McFeeters

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ketika ini, dilihat sebagai isyarat kukuh penglibatan semula negara maju itu dengan blok serantau berkenaan.

Kehadiran Trump Ke Sidang Kemuncak ASEAN Lonjak Keyakinan Pelabur Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) memberi isyarat positif kepada para pelabur bahawa AS masih menganggap hubungan dengan ASEAN sebagai sesuatu yang penting.

Pasaran Getah Dijangka Melonjak Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka melonjak minggu hadapan selepas hujan lebat yang berterusan di negara-negara pengeluar getah utama seperti Thailand dan Malaysia, terus menjejaskan produktiviti selain menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan.

Negara Anggota ASEAN Meneroka Kerjasama Serantau Dalam Unsur Nadir Bumi - Tengku Zafrul

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- ASEAN sedang mengambil langkah meneroka kerjasama serantau mengenai unsur nadir bumi (REE), dengan negara-negara anggota meneliti kaedah untuk blok Asia Tenggara dapat memanfaatkan sumber semula jadinya secara kolektif.

Margin EBIT Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Dijangka Tidak Akan Pulih Sebelum 2028

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- CGS International menjangkakan margin pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pengeluar sarung tangan Malaysia akan kekal lemah pada kadar US$0.50 bagi setiap 1,000 helai pada 2024 dan pemulihan ke paras sebelum COVID-19 sebanyak US$3 bagi setiap 1,000 helai dijangka tidak berlaku sebelum 2028.

Malaysia Mampu Bentuk Dasar AI Serantau, Pembangungan Bakat - Cognizant

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu membentuk dasar dan piawaian kecerdasan buatan (AI) serantau untuk memacu kerjasama rentas sempadan dan pembangunan bakat di Asia Tenggara dengan memanfaatkan jawatan pengerusi ASEAN 2025, kata Cognizant.

Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer Akan Berkunjung Ke Malaysia, Jepun Dan Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer akan berkunjung ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan bersama Presiden AS Donald J. Trump dan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent.

THMY Holdings Naik 158 Peratus Melebihi Harga IPO Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan ujian THMY Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan premium kukuh sebanyak 158 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 31 sen.

"Sesuatu Yang Besar" Dijangka Diumum Daripada Lawatan Trump Ke Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini, yang dijadual tiba beberapa hari lagi, dijangka membawa pengumuman besar, kata ahli ekonomi.