BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | 

Terdapat 3637 berita berdasarkan kata kunci carian " global"

Maharani Freeport Dijangka Wujud 45,000 Pekerjaan, Perkukuh Rantaian Bekalan - PM Anwar

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong Berkenan Rasmi Maharani Freeport, Pelabuhan Bebas Cukai Tenaga Pertama Negara

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), Tanjung Emas di sini.

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Rangsang Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Terhadap Cuaca

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu depan berikutan kebimbangan terhadap faktor berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Semakin Pulih Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dengan kecenderungan menaik minggu hadapan, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Inisiatif RKB Di Bawah MITI Pertingkat Akses Kepada Pembiayaan, Perkukuh rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.

Platform Globex CME Pulih, Dagangan Derivatif Disambung Isnin - Bursa Malaysia 

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melakukan persediaan untuk menyambung semula semua dagangan derivatif pada 1 Disember mengikut waktu dagangan pasaran biasa.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.

MPOC Anjur Lawatan Jaringan Perdagangan 37 Pembeli China, Perkukuh Ikatan Dua Negara

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berjaya menganjurkan Lawatan Jaringan Perdagangan untuk 37 pembeli terkemuka dari China pada 25 hingga 27 Nov, 2025.

CPTPP Pemangkin Bagi Tarikan FDI Ke Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, apabila kira-kira 33.1 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) negara adalah dari ekonomi CPTPP.

Labuan IBFC Terajui Penyelesaian Kewangan ESG, Patuh Syariah Dan Digital Di Peringkat Serantau

LABUAN, 28 Nov (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sedang menempatkan dirinya sebagai hab serantau penyelesaian kewangan yang selaras dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), patuh Syariah dan dipacu secara digital bagi menyokong agenda kemampanan Malaysia.

Untung Bersih CIMB Group Suku Ketiga Naik Kepada RM2.08 Bilion, Umum Dividen Khas Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.