7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran kepada empat bank, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd atas pelbagai pelanggaran peraturan kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kumpulan AmBank melalui AmBank Islamic Bhd meluluskan pembiayaan sebanyak RM70 juta kepada anak syarikat milik penuh Sunview Group Bhd, Fabulous Sunview Sdn Bhd (FSSB).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam industri halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Portfolio sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah mencapai rekod tertinggi baharu sebanyak US$5.7 bilion (US$1 = RM4.23) berikutan kejayaan penambahan aset bernilai US$500 juta, aset penarafan tertinggi oleh entiti berdaulat dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan siri buku 40 Hadis mengenai kemampanan dan transaksi jualan beretika untuk menggalakkan pemahaman perspektif Islam lebih mendalam mengenai kemampanan dan etika Islam dalam urus niaga komersial.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia menyeru negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan perubahan asas dalam strategi pembiayaan bagi mencapai matlamat peralihan tenaga serantau, dengan pelaburan terkumpul dianggarkan melebihi US$3 trilion menjelang 2050.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia berpotensi dan berupaya untuk memperoleh manfaat daripada industri ekonomi ruang angkasa yang sedang berkembang pesat berikutan ketersediaan tenaga kerja tempatan yang besar, sumber yang mencukupi dan infrastruktur serta teknologi yang canggih.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai kerjasama strategik dengan pihak Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO) dan PWN Excellence Sdn Bhd (PWNE) bagi meningkatkan inovasi, akses pembiayaan dan daya saing global sektor aeroangkasa negara ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Axis REIT Sukuk Two Bhd mengemukakan Program Sukuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan nilai nominal agregat sehingga RM3.0 bilion.