Terdapat 269 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar dasar semalaman"

Pelaburan Domestik Kukuh Separuh Pertama 2024 Bukti Negara Tidak Bergantung Pelaburan Asing - MIER

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 28 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas malam tadi, kata penganalisis.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.

Malaysia Dalam Kedudukan Kukuh Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Pilihan Raya Presiden AS - HLIB

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Bhd yakin bahawa pendirian geopolitik neutral Malaysia meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menguruskan perubahan dasar luar yang mungkin berlaku di Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya presiden 5 November depan.

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.