8bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ahli-ahli Parlimen hari ini menggariskan beberapa cadangan bagi memperkukuh ekonomi negara ketika berdepan dengan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan ekonomi global.
8bulan ago
Oleh Nor Farah Aqilah Mohd Sham
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Gamai Sdn Bhd, syarikat pengeluar latok segera iaitu juadah rumpai laut yang turut dikenali sebagai anggur laut menyasarkan untuk mengeksport produk itu ke Filipina dan Singapura tahun depan setelah mendapat perhatian peminat makanan tradisional di dalam dan luar negara.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang melakukan persiapan rapi bagi rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengutamakan keperluan untuk melindungi kepentingan sektor komoditi negara khususnya sawit.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus pada 2024.
8bulan ago
BEIJING, 2 Mei (Bernama) – Jumlah import durian China dari Malaysia dijangka meningkat antara 15 dan 20 peratus tahun ini, didorong oleh permintaan pengguna yang mampan walaupun berdepan cabaran berkaitan cuaca baru-baru ini Malaysia, kata Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di China (MayCham).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses memuktamadkan satu kajian awal terhadap usaha pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, dengan sasaran mengumumkan keberkesanan penggunaannya secara meluas seawal awal tahun hadapan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Sejumlah 219,015 pertubuhan milikan wanita dicatatkan pada 2022 yang menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada tahun itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Transformasi Kelantan sebagai hab perindustrian semakin menyerlah dengan ketara berikutan kejayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperoleh pelaburan direalisasikan sebanyak RM1.21 bilion, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan.