1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini rendah dengan tekanan jualan ketara dilihat merentasi pasaran, selari dengan pergerakan pasaran serantau yang lemah susulan ketiadaan pemangkin baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Selama tiga hari, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 telah berjaya menarik sejumlah 15,987 profesional industri dan pelawat perdagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat kepada RM346.48 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2025 (S1 TK2026) daripada RM333.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan dalam pasaran getah serantau berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah yang terjejas akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) memberi teguran kepada tiga bekas perunding skim unit amanah (UTS) dan/atau skim persaraan swasta (PRS) di atas salah laku/pelanggaran peraturan gabungan FIMM.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, diheret turun oleh penjualan saham mewah terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan berdaya tahan tahun ini seperti ditunjukkan menerusi prestasi lebih kukuh berbanding jangkaan pada suku ketiga 2025, menurut Bank Dunia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sedikit kepada RM1.09 bilion bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2025 (S1), daripada RM1.089 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia berisiko besar kehilangan akses pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan nilai eksport hampir RM200 bilion, kelangsungan lebih sejuta pekerjaan dan 7,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekiranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS tidak dimeterai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kerajaan mengutamakan usaha untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai melalui perkongsian strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mengukuh untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan penurunan keyakinan pengguna AS.