1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini, didorong oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS Christopher Waller yang lebih memihak untuk mengurangkan kadar faedah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
NAIROBI (Kenya), 25 Nov (Bernama) - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di Afrika mencerminkan komitmen Putrajaya untuk memperkukuh hubungan dengan Selatan Global serta meletakkan Malaysia secara strategik sebagai rakan dipercayai dalam dunia yang semakin multipolar.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap FSBM Holdings Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama selepas syarikat itu mengemukakan keputusan kewangan yang tidak tepat untuk suku ketiga dan keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya memperkukuh kerjasama perdagangan digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneruskan usaha menggunakan pendekatan menyeluruh ke arah memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun hadapan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.