1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk pemain industri dan pihak berkepentingan yang berminat untuk menyertai Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli Jepun JFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Glomac Bhd untuk suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 melonjak kepada RM7.28 juta berbanding RM4.06 juta yang disaksikan pada suku yang sama tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) Khairul Kamarudin memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2024.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan ke atas perkakasan dan perisian pengkomputeran hijau agar seiring dengan kemajuan dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) jika mahu terus menarik pelaburan pusat data global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Sesi Hab Pengetahuan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 penting dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan membentuk strategi eksport masing-masing.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan lebih RM0.5 juta tahun ini bagi membantu usahawan berpotensi menyertai ekspo peringkat antarabangsa di dalam negara untuk mengembangkan perniagaan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.