9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Malaysia harus mengambil peluang ke atas segala perjanjian unilateral perdagangan bebas untuk memperluaskan lagi potensi pasaran sebagai langkah persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan kesan perlaksanaan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Subsidiari syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) telah menjual kapal kerja penginapan yang berusia 11 tahun (AWB) - Keyfield Lestari- kepada Saraf Corporation India Pvt Ltd dari India pada harga US$12.5 juta (RM55.4 juta)
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan trafik penumpang udara sebanyak 8.7 juta pada Februari 2025, naik 6.9 peratus dari tahun ke tahun berbanding Februari 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
9bulan ago
SEPANG, 25 Mac (Bernama) -- AirAsia menjangkakan tahun kewangan 2025 menjadi tempoh “bullish” atau tahun peningkatan kukuh, dipacu pemulihan yang positif, pengembangan strategik dan kecekapan operasi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Borong, sebuah syarikat e-perolehan teknologi dan e-pasaran perniagaan ke perniagaan tempatan, telah dinobatkan sebagai syarikat kedua yang berkembang paling pesat di rantau Asia Pasifik dalam senarai Financial Times High-Growth Companies Asia-Pacific 2025.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini berikutan jangkaan Malaysia akan menjadi antara negara yang paling kurang terjejas oleh pelaksanaan tarif timbal balas kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada 2 April berdasarkan negara dilihat mempunyai antara kadar tarif terendah.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Wujud pandangan yang berbeza mengenai prospek kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada minggu depan dengan perang perdagangan dijangka berterusan.
9bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis utama negara merancang menjadikan kilangnya di Tanjung Langsat, Johor sebagai pusat eksport dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, mengubah kerugian pada awalnya susulan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia meluluskan bantuan geran berjumlah RM2.96 juta kepada 48 perusahaan kecil milikan kaum India di bawah Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP), sehingga kini.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor barang kemas Malaysia kekal berdaya tahan, dengan permintaan kukuh yang berterusan walaupun harga emas meningkat, sebahagian besarnya didorong oleh menghargai emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai simbol kekayaan dan pelaburan yang dipercayai atau aset selamat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan berubah-ubah antara RM4,400 dan RM4,600 setan pada Mac 2025, dipengaruhi oleh peningkatan persaingan daripada minyak kacang soya dan harga kompetitif di pasaran global.