10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini sepas disokong oleh kelemahan dalam dolar US serta keyakinan yang semakin meningkat untuk pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih mendalam, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan mata wang tersebut rendah selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini, purata RM4.23 berbanding dolar AS tetapi pada kadar lebih perlahan berikutan dasar monetari AS yang berkembang, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam dagangan berhati-hati menjelang pelaksanaan tarif import oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas Kanada, Mexico dan China.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan tetapi masih mendapat sokongan yang baik dengan mengambil petunjuk daripada niaga hadapan emas COMEX AS.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.
10bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini selepas laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) merosot daripada jangkaan menjejaskan dolar US, mengukuhkan naratif bahawa pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat harus diteruskan tahun ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.