2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,300 hingga RM4,600 satu tan menjelang separuh pertama 2026, dengan kecenderungan menaik pada awal tahun depan berikutan pemulihan dalam pengeluaran selain kejelasan dasar yang bertambah baik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Tiga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 yang julung kali diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam prestasi perniagaan, inovasi dan daya saing eksport.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, kata peniaga.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan jangkaan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak kacang soya, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan kenaikan sederhana setelah mengalami penurunan pada awal dagangan pada Khamis disokong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih dari empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) baru-baru ini berjaya merekodkan jualan eksport sebanyak RM150.37 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsanya (INSP).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan permintaan kargo udara tumbuh 6.8 peratus bagi tahun ke tahun pada September 2025, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini susulan prestasi lemah minyak kacang soya dan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.