2bulan ago
JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Program Agromarketing Masterclass TikTok Shop Edition (AMTTSE) 2025 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TikTok Shop mencatat nilai jualan RM12 juta, peningkatan hampir dua kali ganda.
2bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Afrika Selatan ke Nairobi, Kenya selepas penyertaan yang membuahkan hasil di Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di sini.
2bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Sabah kini memasuki fasa baharu dalam transformasi ekonomi berasaskan sumber marin menerusi inisiatif Ekonomi Biru yang dijangka membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat.
2bulan ago
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar tindakan tegas diwujudkan yang menumpukan aspek pelaburan antisipatori atau proaktif, pragmatisme teknologi serta mempercepat penerimagunaan dalam menangani perubahan iklim.
2bulan ago
Daripada Saraswathi Muniappan
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Negara-negara boleh bertahan dengan kejutan global hanya apabila dasar mereka kukuh, diselaraskan dan bersedia menghadapi tekanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) -- Sabah terus memperkukuh kedudukan ekonomi dan prestasi pelaburannya sepanjang lima tahun lepas dengan pelbagai sektor giat berkembang seperti solar, minyak dan gas serta komponen bateri kereta elektrik.
2bulan ago
LABUAN, 22 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa Maldives (MIFSA) melantik Datuk Iskandar Mohd Nuli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menandakan langkah penting dalam usaha Maldives membangunkan pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing.
2bulan ago
KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia harus mempercepatkan penggunaan teknologi untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran peningkatan permintaan, ketidakpastian harga global, perubahan dalam landskap pelaburan dan usaha pantas ke arah penyahkarbonan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
2bulan ago
JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama dalam bidang halal dengan negara-negara Afrika termasuk pembangunan pensijilan halal serta kapasiti yang mampu memberi nilai tambah kepada komuniti Islam setempat.