Terdapat 532 berita berdasarkan kata kunci carian "bnm"

Kadar Jangka Pendek Diunjurkan Kekal Stabil, Disokong Operasi BNM

LA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Keputusan OPR BNM Dibuat Berdasarkan Pendekatan Berhemat -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dalam menangani Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai instrumen dasar  berkuasa yang perlu digunakan hanya apabila keadaan memerlukan.

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi 2025 Malaysia Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.

Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

BNM, Perbendaharaan Akan Teliti Semula Laporan Terkini KDNK Malaysia Oleh IMF - Anwar

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.

CIMB Jangka Pengurangan OPR Pada Julai Di Tengah-tengah Risiko Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Kukuh Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM Ada Ruang Pertimbang Turunkan OPR Susulan Inflasi Keseluruhan Di Bawah Purata 12 Bulan - CIMB IB

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk mempertimbangkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) berikutan inflasi keseluruhan pada masa ini berada di bawah purata 12 bulan, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

OCBC Turunkan Unjuran KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus berikutan prospek permintaan luar yang lemah.  

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Penangguhan Tarif Pacu Peningkatan Dagangan, Pembuatan - CIMB Investment

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Aktiviti utama berkaitan pengagihan atau peruntukan seperti kos, dijangka menyokong kegiatan perdagangan dan pembuatan dalam penggal terdekat ini susulan tempoh penangguhan tarif sementara oleh Amerika Syarikat (AS), kata CIMB Investment Bank Bhd.

Maybank Perluas Akses Pembayaran QR Ke Kemboja Melalui Aplikasi MAE

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- pelanggan Maybank yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran runcit KhmerQR secara serta-merta melalui Aplikasi MAE, pada bila-bila masa dan di mana jua dengan kadar pertukaran yang rendah.