2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasarkan menjadi hab kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara selain menjadikan AI sebagai tunjang ekonomi menjelang 2030, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan & Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil.
2bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan pesat ekonomi benua Afrika memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengurangkan pergantungan eksport kepada rakan tradisional serta berpotensi menjadi lindung nilai terhadap ketidakpastian geopolitik, kata seorang ahli akademik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk menjadi penanda aras global bagi kawal selia, inovasi dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Islam serta pusat kecemerlangan teknologi kewangan (fintech) Islam dan sukuk berorientasikan iklim menjelang 2040, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).