Terdapat 468 berita berdasarkan kata kunci carian "subsidi"

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 4.5 - 5.5 Peratus Pada 2025 Didorong Permintaan Dalam Negeri, Eksport Dijangka Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada  2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Jualan Sektor Automotif Dijangka Merosot Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

RAM Ratings Kekal Prospek Stabil Terhadap Sektor Perbankan Malaysia Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.

Pasaran Modal Meningkat Kepada RM4.2 Trilion Pada 2024 Berikutan Minat Belian Kukuh - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023. 

Sokongan Kerajaan Penting Percepat Penerimagunaan AI Dan IoT – Pakar

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.

Perwakilan Tetap Malaysia Gesa WTO Main Peranan Penting Tangani Cabaran Perdagangan Global

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menggesakan agensi itu memainkan peranan penting dan “menunjukkan keupayaan dan kesediaannya” untuk menangani cabaran perdagangan global yang boleh membawa kepada perang perdagangan. 

BIMB Securities Unjur Defisit Belanjawan Malaysia Rendah Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Defisit Belanjawan Malaysia diunjur lebih mengecil pada 3.9 peratus bagi 2025, kata BIMB Securities Sdn Bhd.

TMK Chemical Beli Tanah Di Singapura Pada Harga RM48.99 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada harga S$14.80 juta (S$1 = RM3.31).

Syarikat Aktif Milik Agensi KKDW Catat Untung Sebanyak RM259.97 Juta Pada 2024 

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah keseluruhan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan syarikat aktif milik agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 2024 adalah sebanyak RM259.97 juta, menurut Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.

MEUFTA: EU, Malaysia Akan Mulakan Semula Rundingan Perdagangan Sebelum Musim Panas

Oleh Rohani Mohd Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.

Perbelanjaan Domestik, Pelaburan Kukuh Teguhkan Ekonomi Dalam Cabaran Global – HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

BMI Jangka BNM Kekalkan OPR Sepanjang 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.