1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Siasatan pengubahan wang haram yang rumit berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan satu pencapaian penting dan menunjukkan peningkatan penyelarasan antara pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA), Bank Negara Malaysia (BNM), Unit Perisikan Kewangan (FIU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Projek Landasan Berkembar Gemas–Johor Bahru sepanjang 192 kilometer yang dirasmikan hari ini merupakan satu pencapaian besar yang membuktikan kemampuan jurutera dan tenaga kerja tempatan dalam membina infrastruktur bertaraf dunia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia melakar sejarah baharu dalam pembangunan sistem pengangkutan negara dengan peluncuran penyempurnaan dan pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh keyakinan di pasaran serantau dan peningkatan di Wall Street berikutan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka pada paras paling kukuhnya dalam tempoh lebih empat tahun berbanding dolar AS hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak 25 mata asas (bps).
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 10 Dis (Bernama) -- Stesen radar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dipertingkatkan dengan sistem radar RSM NG Thales untuk mengukuhkan pengawasan lalu lintas udara selain memastikan tahap keselamatan dan kecekapan operasi tertinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.