1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Di sebalik kelibat pesawat yang melintasi ruang angkasa, tidak ramai yang menyedari jasa wira tak didendang - pegawai trafik kawalan udara (PTKU) yang bertugas melakukan pemantauan di menara kawalan.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Didorong minat untuk mengkaji lebih mendalam sistem internet pelbagai benda (IoT) dalam bidang pertanian Abdul Mu'iz Hanafiah, 30, tekad untuk mengubah haluan kerjayanya daripada bidang kejuruteraan kepada pertanian kira-kira dua tahun lalu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat disebabkan meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan yang lemah untuk komoditi itu, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau, kata peniaga.