BERITA TERKINI   Cadangan bawa pulang tiga gajah negara dari Jepun wajar dipertimbang secara serius - Arthur | MOF sedang teliti mekanisme lebih bersasar seperti BUDI95 bagi pelaksanaan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak - Fahmi | MTEN sentiasa meneliti dan prihatin isu harga global bagi bekalan minyak mentah atau produk untuk RON95 dan diesel - Fahmi | Isu pentadbiran Negeri Sembilan: TPM Ahmad Zahid maklumkan akan bertemu ADUN BN dalam masa terdekat- Fahmi | PM Anwar arah semua aktiviti kementerian, agensi dan badan berkanun dilaksana pada skala sederhana. - Fahmi | 

Terdapat 2980 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar"

Syarikat E-dompet Mohon Pengecualian SST Untuk Perkhidmatan Kewangan Digital Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar E-Wang (AEMI) memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa untuk perkhidmatan kewangan digital dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan pertumbuhan industri.

Industri Teknologi Tempatan Sambut Baik Pelantikan Anuar Fariz Terajui MDEC

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Industri teknologi dan telekomunikasi tempatan menyambut baik pelantikan Anuar Fariz Fadzil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu.

Kenanga Jangka OPR Stabil 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

Kenaikan Ringgit Beri Manfaat Kepada Malaysia Tetapi Belum Capai Nilai Saksama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia, Indonesia Perintis Inovasi Kewangan Awam Islam

JAKARTA, 4 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal, menurut Kementerian Keuangan Indonesia.

Kerajaan Yakin KLIA Akan Jadi Hab Kargo Serantau - Loke

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Belanjawan 2025: Tenaga Boleh Diperbaharui, Pengurusan Alam Sekitar Perlu Diutamakan

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

IGEM 2024 Jangka Jana Potensi Perniagaan Bernilai RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.

Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaat mendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Pemimpin Malaysia, Pakistan Komited Lonjak Perdagangan, Perniagaan - PM Anwar

Daripada Mohd Haikal Mohd Isa

ISLAMABAD, 3 Okt (Bernama) -- Terdapat komitmen jelas daripada kepimpinan Malaysia dan Pakistan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang boleh menghalang perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara daripada berkembang lebih jauh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AMRO Turunkan Unjuran Pertumbuhan ASEAN+3 Bagi 2024 Kepada 4.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam. 

Airbnb Harap Sokongan Kerajaan, Sahkan Garis Panduan STRA Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Airbnb berharap kerajaan menyokong dan mengesahkan garis panduan penginapan sewa jangka pendek (STRA) negara serta mengiktiraf potensi ekonomi perkongsian dalam sektor hospitaliti menerusi Belanjawan 2025.