1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Lonjakan penggunaan pembayaran digital semasa pandemik telah mempercepat permintaan terhadap penyelesaian yang selamat dan berkembang, dan Fiuu, penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, berada di kedudukan baik untuk memenuhi keperluan ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah perdagangan industri ternakan di Malaysia meningkat 23.2 peratus atau RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kerajaan dijadualkan menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) pada 9 Jan 2025, platform utama untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil selepas People’s Bank of China memutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah awal minggu ini, langkah yang dilihat sebagai petunjuk positif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha di China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk, dengan kelebaran melebihi 1300mm, berasal atau dieksport dari China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) dinobatkan sebagai Pemberi Pinjaman Terbaik 2024 pada anugerah Impact Awards 2024 baru-baru ini berikutan pembiayaan dan pandangan pelaburannya yang memfokuskan kepada kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.