6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, sebagai Pengerusi baharu SEDA Malaysia mulai 15 Mei, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.
6bulan ago
KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Rundingan Malaysia dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan Setiausaha Perdagangan AS berkaitan tarif AS yang berterusan berada di landasan tepat dan mencatatkan kemajuan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital yang dilancarkan semalam menjadi langkah penting dalam usaha berterusan Bank Negara Malaysia memastikan sistem kewangan kalis masa depan selain memangkin sokongan agenda ekonomi digital negara.
6bulan ago
TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.
6bulan ago
Oleh Kamarul Ariffin Md Yasin dan Siti Nurhana Shafirah Mat Nazir
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersedia memainkan peranan dalam penyelesaian isu pembekalan tenaga, sekali gus menangani isu dan cabaran kelestarian.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Wide Agro Ventures Sdn Bhd bekerjasama dengan Orec Co Ltd, sebuah syarikat beribu pejabat di Fukuoka, Jepun, untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran tercanggih di Taman Perindustrian Seri Iskandar, Perak dengan pelaburan awal RM30 juta.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.