Terdapat 293 berita berdasarkan kata kunci carian " pulih"

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

ALPS Global Sasar Kumpul US$100 Juta Daripada Penyenaraian Di Nasdaq

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik. 

Penerbangan: Trafik Penumpang Malaysia Ambil Sedikit Masa Untuk Pulih - MIDF

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan trafik penumpang Malaysia mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan cabaran yang dialami syarikat penerbangan baru-baru ini, termasuk isu penghantaran pesawat dan kekurangan alat ganti serta tenaga kerja.