3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan para pelabur kekal berhati-hati susulan sentimen bercampu-campur menjelang pembentangan Belanjawan 2026 petang ini.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis apabila Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi, dengan para peniaga dan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian berhubung penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan niaga hadapan getah serantau susulan kembalinya pembeli dari China ke pasaran ketika harga minyak mentah kekal stabil, kata seorang peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) menjamin pinjaman perumahan yang meliputi lebih 100 peratus daripada harga belian rumah bagi pembeli rumah pertama yang layak, sekali gus meyakinkan bank untuk meluluskan permohonan yang mungkin ditolak.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik menjelang Belanjawan 2026, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada mata wang tersebut.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) merancang untuk memperuntukkan lebih kurang RM23.18 juta atau 89 peratus daripada jumlah RM26.18 juta yang dikumpulkan melalui langkah tawaran awam persendirian bagi memacu perniagaan perlombongan emasnya, terutama projek KK Hill dan Sokor Midland di Kelantan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Selasa, menjejaki aliran menurun dalam niaga hadapan getah serantau selain dipengaruhi ringgit yang kekal mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh minat belian yang diperbaharui.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Johor memasuki fasa pertumbuhan berbilang tahun didorong oleh integrasi infrastruktur, kepelbagaian industri dan perbelanjaan pengguna rentas sempadan yang berdaya tahan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).